Ini adalah panduan paling lengkap mengenai cara mandi wajib selepas haid, junub dan nifas, secara langkah demi langkah. Show
Panduan ini juga akan menerangkan segala perkara yang berkaitan dengannya.
Dan paling penting: Setiap bacaan dipermudahkan dengan ejaan rumi. Persoalan-persoalan lazim berkaitan mandi wajib turut disenaraikan untuk memudahkan anda membuat rujukan masalah. Isi Kandungan
Maksud Mandi WajibDefinisi mandi menurut bahasa ialah mengalirkan air kepada seluruh badan. Dari sujud syarak pula, mandi wajib bermaksud mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu. Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya. Niat Mandi Wajib (Rumi)Berikut saya sertakan beberapa cara niat mandi wajib secara umum dan secara khusus. Niat Mengangkat Hadas Besar (Umum)Ini adalah niat umum untuk mandi wajib bagi keadaan junub, haid dan nifas. https://akuislam.com/wp-content/uploads/2018/10/1-Hadath-Akbar.mp3 Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala. Niat dalam Bahasa Melayu:
Selain dari niat umum diatas, niat mandi wajib juga boleh dibaca secara khusus untuk Junub, Haid dan Nifas, seperti dibawah: Niat Mandi Kerana JunubNiat mandi wajib khusus bagi junub adalah seperti berikut: Nawaitul Ghusla ‘Anil-janabati Lillahi Taala
Niat Mandi Wajib Selepas HaidNiat mandi wajib khusus bagi haid adalah seperti berikut: Nawaitul Ghusla ‘Anil Haidhi Lillahi Taala
Niat Mandi Wajib Kerana NifasNiat mandi wajib bagi nifas pula adalah seperti ini: Nawaitul Ghusla ‘Anin-nafasi Lillahi Taala
Nota: Bilakah perlu dibaca niat mandi wajib ini? Niat mandi wajib ini perlu dibaca apabila air telah menyentuh kulit tubuh kita. Niat boleh dilafazkan melalui mulut atau dibaca dalam hati. Cara Mandi Wajib Yang Betul & SempurnaSegala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. Disini adalah saya tunjukkan cara langkah demi langkah cara mandi wajib mengikut adab dan sunat-sunatnya: Langkah Pertama Mula-mula kita hadapkan badan kita ke arah kiblat. Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita. Langkah Kedua Kemudian, kita berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Tapi niatnya ialah:
Langkah Ketiga Kemudian, bacalah basmallah (Bismillahir Rahmanir Rahim) dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita. Apabila air telah menyentuh kulit tubuh, maka niat untuk mandi wajib. Niatnya, seperti yang telah disebutkan dalam rukun mandi iaitu:
Atau boleh juga:
Langkah Keempat Kemudian sampaikanlah air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya. Langkah Kelima Kemudian, jika kita mandi di sungai yang mengalir atau kolam yang airnya lebih dari dua kullah, maka dibolehkan menyelam ke dalam air. Lakukanlah sebanyak tiga kali selaman sambil berniat dan meratakan air ke seluruh tubuh dengan menggosok-gosok tangan ke seluruh badan, termasuk celah-celah yang boleh disampaikan air kepadanya. Langkah Keenam Kemudian, selepas semua itu dilakukan, maka berhentilah mandi, lalu baca doa ini: Doa Mandi WajibAsy-hadu Alla ilaha illallahu Wahdahu Lasyarikalah, Wa-Asy-Hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh. Maksudnya:
Peringatan:
Sebab-Sebab Perlu Mandi WajibMandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim. Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah. Oleh itu penting untuk kita memberi perhatian serius mengenai perkara ini. Terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib. Antaranya adalah: 1. Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak. Perlakuan ini ialah apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan perempuan) iaitu dengan memasukkan hasyafah (batasan zakar yang dikhatan) ke dalam faraj. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW:
2. Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak 3. Mati selain daripada mati syahid 4. Datangnya Haid bagi perempuan 5. Keluar darah Nifas (darah yang mengiringi selepas bersalin) 6. Wiladah (bersalin) Hukum Mandi WajibMandi wajib, dikenali sebagai mandi junub dan disebut juga sebagai mandi hadas besar. Hukum mandi wajib atau mandi hadas besar ini ialah WAJIB Jika sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah dia mandi. Seandainya seseorang itu belum mandi wajib atau mandi junub, maka haramlah dia mengerjakan solat, haram menyentuh dan membawa al-Quran, membacanya, haram mengerjakan tawaf dan lain-lain yang diharamkan ketika dalam keadaan berhadas besar. Suruhan atau perintah mandi wajib ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Maidah, maksudnya:
Ini bererti jika seseorang itu dalam keadaan berhadas besar atau junub, maka wajiblah dia mandi agar dia suci daripada hadas dan kemudian boleh mengerjakan pelbagai macam ibadat. Rukun Mandi WajibRukun mandi wajib ada dua sahaja, iaitu:
Apabila kita telah melakukan dua perkara ini, maka sah lah mandi wajib tersebut. Syarat Sah Mandi WajibAntara syarat sah mandi wajib adalah menghilangkan najis dari badan. Bila seseorang ingin melakukan mandi wajib, maka disyaratkan untuk terlebih dahulu memastikan TIADA najis yang masih melekat pada mana-mana anggota badannya. Perkara Wajib & Sunat Semasa Mandi WajibTerdapat beberapa perkara yang wajib dan sunat dilakukan ketika mandi wajib Perkara Wajib
Perkara Sunat
Contoh Masalah Berkaitan Mandi WajibDisini dikumpulkan beberapa soalan lazim mengenai permasalahan cara mandi wajib Apakah Perbezaan Cara Mandi Wajib Diantara Lelaki & Perempuan? Tiada bezanya mandi wajib lelaki dan perempuan. Cuma bagi perempuan kenalah cermat sikit semasa meratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai. Bagaimana Cara Menghilangkan Rasa Was-Was Semasa Mandi Wajib? Antara kaedah yang diajarkan ulama’ adalah jangan melayan perasaan was-was tersebut. Adakah Mandi Wajib Itu Sah Sekiranya Mandi Berbogel? Hukum mandi telanjang adalah makruh dan sebahagian Syafieyyah menguatkan pendapat haram. Bolehkah Kita Hanya Guna Niat: “Sahaja Aku Mandi Hadas Besar Kerana Allah Ta’ala” Untuk Mandi Hadas Haid, Nifas, Wiladah & Junub? Ya boleh. Dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu (mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid, nifas, wiladah dan lain-lain. Adakah Sah Menggunakan Sabun Mandi Atau Syampu Semasa Mandi Wajib? Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib. Adakah Perlu Mandi Wajib Sekiranya Bermimpi Namun Tidak Keluar Air Mani? Sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib. Adakah Sah Mandi Wajib Sekiranya Terdapat Luka Yang Belum Kering? Untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkena air. Adakah Sah Mandi Wajib Apabila Saya Mengosok Qubul (Kemaluan Depan) atau Dubur Dengan Tangan? Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi hanya wuduk sahaja akan terbatal. Adakah Doa Yang Perlu Dibaca Selepas Selesai Mandi Wajib? Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar. Tetapi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air. Apakah Hukum Mandi Wajib Dengan Rambut Dreadlock? Mempunyai rambut dreadlock tidaklah menyebabkan air mandi wajib tidak sah. Mandi wajib hanya tidak sah apabila air tidak sampai ke rambut dan kulit kepala. Bolehkah Mandi Wajib Selepas Subuh Di Bulan Ramadan? Melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh melakukan demikian itu. Adakah Sah Mandi Wajib Dengan Rambut Yang Diwarnakan? Perlu dilihat pada bahan yang digunakan sebagai pewarna rambut. Adakah Boleh Disekalikan Mandi Wajib Bagi Perempuan Wiladah dan Nifas? Berdasarkan pendapat Imam An-Nawawi Rahimahullah Taala, jika seorang perempuan itu mengalami haid, kemudian dia berjunub, atau sebaliknya, ketika dia berjunub dia didatangi haid, hukumnya tidak sah dia mandi mengangkat hadas junub ketika dia dalam keadaan haid. Adakah Wanita Istihadah Perlu Mandi Wajib? Wanita yang istihadah tidak perlu mandi hadas. Sama ada dia masih istihadah atau sudah sembuh dari istihadah, dia tidak perlu mandi wajib. Ini kerana Istihadah bukanlah darah haid atau nifas. Hukum Mandi Wajib Di Kolam Atau Sungai Hukumnya sah. Penutup Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia adalah punca atau asas penerimaan segala amal ibadat. Andai seseorang itu mengerjakan ibadah solat tetapi belum bersuci atau mandi wajib junub secara tidak sempurna, maka solatnya dikira tidak sah. Langkah Langkah Cara mandi wajib Yang Benar?Berikut tata cara mandi wajib yang bisa diikuti.. Awali dengan membaca niat mandi wajib.. Cuci atau basuh kedua tangan sebanyak tiga kali.. Bersihkan kemaluan dan bagian tubuh lain yang dianggap kotor atau tersembunyi menggunakan tangan kiri. ... . Kembali cuci kedua tangan, baik cukup dengan bilasan air atau dengan sabun.. Langkah langkah mandi wajib beserta bacaannya?Bacalah niat mandi wajib sebelum memasuki kamar mandi. Niat mandi wajib "Nawaitul ghusla li raf'il hadatsil akbari fardhan lillaahi ta'aalaa" Basuh tangan kanan dan kiri sebanyak 3 kali. Bersihkan dubur, kemaluan, dan bagian lain yang dianggap kotor seperti ketiak, pusar, dan sela jari kaki menggunakan tangan kiri.
Langkah langkah mandi wajib laki2?Tata Cara Mandi Wajib Laki-laki Menurut Islam. Membaca niat mandi wajib. ... . Bersihkan telapak tangan sebanyak tiga kali.. Bersihkan kotoran yang tersembunyi dengan tangan kiri. seperti kemaluan, dubur, bawah ketiak, pusar, dan lain-lainnya.. Mencuci tangan dengan menggosok-gosoknya ke sabun atau tanah.. Apakah sah jika mandi wajib tidak sesuai urutan?Apabila tidak melakukan tata cara mandi wajib dengan benar dan tidak sesuai urutan, maka mandinya dianggap tidak sah.
|