Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Waspada ibu jika tersalah cara duduk semasa hamil! Ia boleh mendatangkan risiko yang tak baik pada janin dalam kandungan.

Bukan hanya gaya tidur sahaja, tapi posisi duduk yang baik untuk ibu hamil juga sangat penting. Ini kerana ia boleh menyebabkan pelbagai perkara yang buruk jika ibu mengikut cara yang salah.

Semasa mengandung, ibu biasanya akan mengalami morning sickness seperti mual, muntah, pening kepala, badan yang tak bermaya dan lain-lain. Tak cukup dengan itu, cara duduk ibu juga rentan mengalami masalah.

Ini kerana dengan cara duduk yang salah boleh menimbulkan rasa sakit dan kurang selesa pada anda. Malah ia juga boleh mendatangkan bahaya pada janin.

Posisi duduk yang baik untuk ibu hamil sangat penting supaya aktiviti harian anda rasa selesa dan aman. Jadi berikut ini adalah gaya duduk yang betul semasa hamil.

3 Posisi Duduk Yang Baik Untuk Ibu Hamil

#1. Cara duduk di atas kerusi dengan tempat sandar 

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Perut membesar dan berat naik adalah salah satu sebab ibu hamil sukar untuk bergerak. Maka dengan itu, anda disarankan menggunakan kerusi yang boleh bersandar dengan punggung supaya lebih selesa.

Adalah lebih baik jika anda menggunakan kerusi yang boleh adjust ketinggiaannya, tapi tapak kaki masih boleh menyentuh lantai.

Selain itu, duduk dengan posisi punggung tegak lurus, bahu ke belakang dan belakang badan menyentuh kerusi.

#2. Cara duduk dengan kerusi tanpa tempat menyandar

Jika ibu duduk atas kerusi tanpa bahagian penyandar, anda boleh menggunakan bantal untuk melapik punggung.

Namun, pastikan anda duduk tegak lurus dan punggung melengkung ke belakang. Tak dilupakan juga melebarkan jarak antara kaki dan tidak bertumpu pada perut semasa duduk.

#3. Posisi duduk bersila di atas lantai

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Selain duduk atas kerusi, ibu juga boleh duduk bersila atas lantai malah ia adalah posisi yang paling direkomenkan oleh ahli fisioterapi.

Posisi ini dikatakan dapat membantu melonggarkan sendi punggung sehingga bersedia untuk lalui proses melahirkan, membaiki postur tubuh dan mengurangkan rasa kaku di bahagian bawah punggung.

Akan tetapi posisi ini tidak disarankan bagi ibu yang ada gangguan panggul seperti  symphysis pubis dysfunction atau  pelvic girdle pain.

4 posisi duduk yang dilarang semasa hamil

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

#1. Duduk dengan silangkan kaki terlalu lama kerana dapat membuatkan aliran darah semakin teruk, bengkak di area pergelangan kaki dan menyebabkan varises.

#2. Semasa duduk atas kerusi yang berpusing, jangan putar kerusi di bahagian pinggang dan membongkok ke depan kerana ia boleh memberi tekanan abnormal pada perut. Namun cara yang betul adalah pusing dengan menggunakan seluruh anggota badan.

#3. Jangan duduk terlalu lama dalam posisi yang sama. Cuba sesuaikan dan ubah cara duduk setiap 10 ke 15 minit.

#4. Hindari membongkokkan atau duduk dengan kaki terangkat. Ini kerana ia menyebabkan aliran darah ke bahagian kaki meningkat sekaligus mengakibatkan ia membengkak.

Semoga bermanfaat.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Baca juga: Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya!

Baca juga: Hamil Anak Kedua Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kesihatan Mental Ibu - Kajian

Stories Rakan Kongsi

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Kehamilan

Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Kehamilan

Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Kehamilan

Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Kehamilan

Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Baca Artikel Penuh

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.

PANTAU KEHAMILAN ANDA

ATAU

Kira tarikh bersalin anda

Apa boleh ibu hamil duduk bersila?

Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Awas, Cara Duduk Yang Salah Ketika Hamil Boleh Bahayakan Janin! Posisi #3 Ini Paling Disarankan Fisioterapi

Malaynot-safecara dudukposisi dudukcara duduk semasa hamilcara duduk ketika mengandungposisi duduk ibu hamilcara duduk semasa mengandungcara duduk berbadan duacara ibu hamil dudukposisi ibu hamil semasa dudukposisi duduk yang baik untuk ibu hamilbantal duduk untuk ibu hamil

Apakah duduk bersila aman untuk ibu hamil?

Jika ibu hamil ingin duduk di lantai, posisi duduk yang disarankan adalah bersila, dengan posisi telapak kaki saling bersentuhan. Posisi duduk ini diyakini dapat memperbaiki postur tubuh, mengurangi kekakuan di punggung bagian bawah, dan membantu melonggarkan sendi panggul agar siap untuk proses melahirkan.

Kenapa ibu hamil tidak boleh duduk menyilang?

Duduk menyilangkan kaki saat hamil dapat membahayakan tulang belakang. Karena etika kedua kaki saling bertumpu, lutut bagian atas akan menekan lutut bagian bawah. Posisi tersebut membuat tulang panggul jadi memutar dan memberikan tekanan berlebih di punggung bagian bawah, tengah, bahkan hingga leher.

Apakah ibu hamil boleh bersila?

Karena itu, duduk dalam posisi bersila tidak disarankan untuk wanita hamil yang menderita nyeri panggul (PGP) dan disfungsi simfisis pubis. Dr Choudhary menjelaskan, duduk bersila menempatkan panggul pada posisi asimetris, itu menyebabkan distribusi berat yang tidak merata pada kaki.

Ibu hamil tidak boleh duduk seperti apa?

Ibu hamil juga harus menghindari duduk di kursi yang tidak memiliki sandaran atau kursi dengan sandaran rendah selama kehamilan. Membungkuk ke depan ketika duduk dapat menyebabkan tekanan berlebih pada perut ibu hamil. Bayi dapat merasa sesak dan dapat berdampak negatif pada perkembangannya.